Saturday, September 15, 2007

Mulai tahun 2005 Sekolah Rendah Tahfiz & Integrasi Sains ( SERTIS ) telah memulakan operasinya dengan menawarkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan matapelajaran akademik mengikut kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga kurikulum Jabatan Hal Ehwal Agama IslamTerengganu ( JHEAT ) didalam satu sekolah. Para pelajar juga akan diberi penekanan dalam sistem hafazan al -tahriri.

Matapelajaran akademi yang diajar adalah seperti berikut :

Bahasa Malaysia, English, Mathematics ( Menthal Arithmetic), Science, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Pembelajaran Komputer.

Manakala matapelajaran agama ialah :

Bahasa Arab, Al-Quran, Tahfiz , Tauhid, Akhlak, Feqah, Jawi, Sirah dan Tajwid. Pengkususan akan diberikan kepada Tahfiz Al-Quran.

Aktiviti Kokurukulum

Program kokurikulum SERTIS adalah terdiri daripada program yang mengasuh dan menimbulkan minat dan bakat serta potensi yang ada pada pelajar. Ia diolah agar dapat menyemai dan mempertingkatkan sifat-sifat yang baik dan mulia dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan, tolong menolong, yakin diri, hormat menhormati dan seumpamanya.

Aktiviti-ativiti kokurikulum adalah seperti Puteri Islam, Persatuan Bahasa Arab, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Kelab Komputer, Kelab Permainan dan Sukan serta Kelab Seni Mempertahankan Diri.

Tenaga Pengajar

Pengetua: Ustaz Rashid Bin Sk. Abdul Aziz Maahad Tahfiz Melaka
PK Hem :

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan :

Makmal Komputer, Pusat Sumber, Makmal Sains, Surau dan Kantin

Kesinambungan Persekolahan

Pelajar yang tamat dari sekolah ini layak meneruskan pengajian ke institusi berikut :

Sekolah Menengah Agama As-Syakirin ( akan ditubuhkan )

Sekolah Menengah Agama JAIS.

Sekolah Menengah Kerajaan

Sekolah Menengah Swasta

Maahad Tahfiz Darul Al Rahim ( Cairo , Mesir )

dan seterusnya ke Institiut Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negara.